Zairi

Perbaiki diri sendiri sebelum baiki diri org lain....

Friday, July 11, 2008

Gambar Ayah Di Litar Sepang

Just to share gambar ayah masa pergi program F1 tempoh hari. Dapat duduk kat depan pit katanya. Harga tiket punya le mahal...RM1900 untuk seorang. Ayah kata sekadar nak dapat pengalaman tgk F1 secara live. Masa gambar diambil, para pelumba sedang ready untuk dilepaskan... Team Sauber dapat tempat kedua masa tu dan pencapaian terbaik setakat ini di litar Sepang. Minat sungguh ayah dengan lumba kereta F1 ni..

Sunday, January 13, 2008

Anakku...





Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

Seorang putera pewarisku telah selamat dilahirkan pada 22 Disember 2007 tepat jam 9.50 malam.. dengan berat 3.6 kilogram, dikamar 7 Hospital Besar Melaka telah selamat melalui detik yang begitu genting bagi isteri dan diriku sebelum bergelar ayah dan juga ummi..

Berkat doa semua, bayi yang diberi nama MUHAMMAD ANAS sempena majlis aqiqah pada 29 Disember 2007 di kampung Sungai Putat.

Semoga anak ini akan menjadi seorang anak yang soleh wa musleh, serta akan berbakti kepada ibu bapa, bangsa dan agama suatu hari kelak. Amin ya rabbal alamin...

Wednesday, September 13, 2006

Dapatkan Buku Terbaru Ini...


HAMAS

Maszlee Malik, PTS Millennia Sdn Bhd
Harga: RM 28.00 / RM 31.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-3604-14-5
Barcode: 9789833604142
Jumlah Halaman: 320 halaman
Tarikh Terbit: 22 September 2006


Sinopsis

“Alhamdulillah…kami dipilih Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia menentang musuh Allah di Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.” -Dr. Khalil al-Hayya.
“Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya.
Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia akan dapat membantu kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?Petikan pesanan HAMAS buat umat Islam di MalaysiaBuku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin. Penulis buku ini bukan sekadar memperkatakan berkenaan ideologi dan matlamat perjuangan HAMAS semata-mata tetapi juga terselit seribu satu pengertian dan pengajaran buat kita, umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Friday, July 28, 2006

DIBUMI INI KITA LENA TIDUR..

DIBUMI INI KITA LENA TIDUR
TERKADANG DIULIT MIMPI
DIBUMI INI KITA MASIH TEGA BERDIRI
MASIH MAMPU MENGELUH..
ADA NIKMAT ILAHI YANG BELUM DIBERI
MASIH KECEWA..
ANDAI APA YANG ADA DITARIK SEKETIKA CUMA
MASIH MENCARI KEPUASAN MENCARI MILIKI LIMPAHAN HARTA DUNIA

KITA MASIH TEGA BERPANGKU TANGAN
KITA MASIH BISA BERADA DIBARISAN TONTONAN
SEDANG SAUDARA KITA DI PALESTIN
DIRATAH DENGAN RAKUS OLEH ZIONIS
TENTERA ISLAM BERMANDI DARAH
DEMI PERTAHAN AGAMA DAN MARUAH

SEDANG BUMI SUCI ALQUDS MEMANGGIL KITA
SEDANG SAUDARA SEISLAM KITA PERLUKAN SOKONGAN KITA
WAJARKAH KITA BERDIAM DIRI SAHAJA!!!!!!
AYUH DEMO!!!

Wednesday, July 26, 2006

Sajak rindu para mujahid

Ketika aku mengetuk papan kekunci
aku membayangkan sedang memetik...
picu pada AK-47
yang aku sandang
memuntahkan timah-timah panas
ke atas musuh-musuh Allah itu
pada sela-sela desingan peluru
yang melintasi kepala
kedengaran takbir!
sahut menyahut
dari sahabat-sahabat
kiri dan kanan
bau hangit menusuk
dari panas mesiu
...bunyi sonic boom pesawat-pesawat setan
menenggelamkan dentuman peluru
tiba-tiba bumi bergegar
dengan kilat cahaya yang membutakan
badan terasa amat ringan
... tiada lagi dentuman dan desingan
... tiada lagi hanyir darah dan hangit belerang
kehancuran sudah bertukar menjadi taman
mayat-mayat bergelimpangan berganti perawan-perawan
tiada kedengaran selain yang mengasyikkan.
tapi hati masih rindu
untuk pulang.
bersama teman-teman yang masih setia
dengan perjuangan.
kembalikan aku Ya Allah
aku mahu berjihad
meski aku kan terbunuh berkali-kali.
aduhai benarlah kata Rasulnya
Syurga berada di bawah kilatan pedang
Hafidzi MN

Friday, July 21, 2006

Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin


Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan.
Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ?
Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan !
Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah,
kami mengadu kepadaMu?(3x).. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah,
kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.Note: di petik daripada buku tulisan Ibnu Ismail"

Wednesday, July 19, 2006

Lagi gambar tuan punya blog ini...

Gambar semasa program KONTARN 2006 di a'KDV Ayer Keroh

LASKAR CINTA

Wahai jiwa-jiwa yang tenang
berhati-hatilah dirimu kepada hati-hati yang penuh kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya iblis ada dan bersemayam di hati yang penuh dengan benci dan yang penuh dengan prasangka
Reff:laskar cinta…
Sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati
laskar cinta…Ajarkanlah ilmu tentang cinta
karena cinta adalah hakikat dan jalan yang terang bagi semua umat manusia
**Jika kebencian meracunimu…kepada manusia lainnya
maka sesungguhnya iblis sudah berkuasa atas dirimu
maka jangan pernah berharap aku akan mengasihi menyayangi manusia-manusia
yang penuh benci seperti kamu.
Back to reff:
Wahai jiwa-jiwa yang tenang jangan sekali-kali kamu
mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya
serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.
Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita
dan menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa yang pasti berbeda
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata